Thursday, April 2, 2009

Perlancongan Di Malaysia

Serba sedikit mengenai Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kita dapat melihat kaum Melayu, India, Cina dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman damai dan harmoni.

Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15, ketika Melaka, yang pada waktu itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia.

Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan semakin dikenali di mata dunia.

Kepelbagaian budaya dan kaum bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia unik kerana masyarakatnya menyambut pelbagai perayaan. Tidak hairanlah, rakyat negara ini gemar berpesta, dan ramah bergaul dengan orang luar.

Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sebanyak 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan dua negeri di utara Borneo. Kawasan percutian terdapat di kawasan pergunungan dan juga pantai, dan hutan paya bakau.

Salah satu tarikan Malaysia, ialah kepelbagaian landskap negara ini. Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.

Peta Malaysia

Semenanjung Malaysia

Sabah dan Sarawak

Destinasi Menarik Berdasarkan Negeri

TEMPAT TEMPAT MENARIK UNTUK MELANCONG DI MALAYSIA

Langkawi

Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.

Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.

Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.

Batu Ferringhi

Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.

Berehat sambil bermandikan sinaran matahari atau cuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar atau berkayak.

Untuk pengalaman yang lebih menarik, cubalah aktiviti 'para-sailing' di tepi pantai dan nikmati pemandangan di sekeliling pantai dari udara.

Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.

Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (KL) mempunyai pelbagai kebudayaan serta tradisi yang pasti akan menarik minat anda untuk menetap di sini. Keramahan bandaraya ini akan menawan anda untuk menjejaki keunikan tempat ini, yang mendapat pengaruh pelbagai budaya.

Terdapat orang Cina, Melayu, India Selatan, Malaysia Timur, kumpulan etnik, Thai, Indonesia, Sikh, dan juga warga professional.Setiap masyarakat menawarkan festival, makanan, muzik, seni, dan fesyen tersendiri yang turut mempengaruhi budaya lain.

Kehidupan malam di KL juga sangat menarik, selain terdapat budaya seni dan persembahan yang menggabungkan gaya kontemporari dan tradisional. Terdapat juga aktiviti sukan dengan infrastruktur terkini.

KL sendiri sebuah bandaraya dengan senibina yang terdiri dari rumah agam berusia beratus tahun ke bangunan pencakar langit yang moden. Cubalah juga, makanan yang pelbagai di Kuala Lumpur selain membeli-belah di sini.

KL adalah syurga membeli-belah dan menawarkan pelbagai pilihan untuk semua orang. Di sini, anda berpeluang melihat gabungan budaya, pakaian, dan makanan serta suatu yang unik yang sukar didapati di bahagian lain negara ini.

Melaka

Bandar Melaka mempunyai dua persona yang berbeza, yang lama dan yang baru. Bahagian bandar Melaka yang lama terletak setempat dan agak padat serta mempunyai pelbagai tarikan sejarah dan budaya yang terselit di jalan-jalan sempit yang bersimpang siur di sini.

Kebanyakan peninggalan sejarah zaman silam Melaka boleh dilihat di Dataran Pahlawan serta di sepanjang kawasan perairan sungai Melaka.

Berhadapan dengan Dataran Bandar tersergam Bukit St. Paul, yang merupakan tapak asal Kubu Portugis, iaitu A'Famosa, dan Gereja St. Paul.

Terdapat juga jejak warisan bertanda-arah di sini yang boleh diikuti oleh para pelawat bagi melihat tapak-tapak dan tarikan bersejarah yang terdapat di bandar lama Melaka. Bahagian bandar Melaka yang baru pula terletak di seberang sungai Melaka, dan kebanyakan kawasan ini terbina di kawasan muara Sungai Melaka yang telah ditebus guna. Kawasan ini merupakan kawasan hiburan dan makanan yang sibuk, di mana terletaknya pelbagai kemudahan moden termasuk pusat membeli-belah Mahkota Parade.

Di luar bandar Melaka pula, terdapat beberapa buah pantai yang menarik, padang golf, serta dua buah pulau yang tidak jauh dari tanah besar, di mana terdapatnya pusat peranginan yang indah. Daerah Air Keroh pula terletak amat berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan menawarkan berbagai jenis taman tema rekreasi yang pasti menyeronokkan.

Pahang

Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Malah, hampir 2/3 negeri ini diliputi hutan hujan tebal sekaligus menjadikan ia kawasan hijau dengan hidupan liar dan khazanah alam semula jadi.

Pesisiran pantai Pahang juga adalah kawasan yang menarik berhadapan dengan Laut China Selatan. Pantai Cherating serta Pulau Tioman adalah antara pusat peranginan popular di negeri ini. Terdapat juga aktiviti pantai menarik, aktiviti menyelam serta dapat bersantai di pantai.

Banjaran gunung utama turut memisahkan gunung tersebut di timur dan barat. Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, turut memberikan cabaran lasak kepada para pendaki. Kawasan pergunungan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Genting Highlands, yang terkenal sebagai Bandar Hiburan, serta Bukit Tinggi pusat peranginan ala Perancis, juga adalah tempat percutian yang sangat menarik dan terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.

Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.

Sabah

Negeri di Bawah Bayu ini terletak di bawah lingkaran laluan taufan dan Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo adalah negeri kedua terbesar di sebelah timur Malaysia dengan keluasan 74,500 km persegi.

Laut China Selatan terletak di barat Sabah manakala Lautan Sulu dan Celebes (Sulawesi) di timur. Negeri yang kaya dengan hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan yang terkenal mempunyai hampir dua juta penduduk terdiri dari 32 kaum pelbagai etnik.

Ibu negerinya, Kota Kinabalu terletak di kawasan rendah di mana kawasan perdagangan dan aktiviti pentadbiran berpusat. Bagaimanapun, untuk merasai keunikan Sabah yang ‘sebenar’ anda perlu menuju ke kawasan luar bandar.

Taman Kinabalu turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar di situ.

Ia juga memberikan cabaran kepada pendaki di sini, yang melalui kawasan hutan yang luas malah, menemui kawasan air panas di kawasan tinggi. Pulau Sipadan di luar pesisiran pantai tenggara Sabah juga salah sebuah daripada lima tempat menyelam teratas dunia.

Ini kerana kawasan perairan di sini kaya dengan hidupan laut yang pelbagai. Malah, saat menyelam anda berpeluang melihat penyu, ikan alu-alu dan jerung putih di Sipadan

Sarawak

Nama ‘Borneo’ adalah suatu yang istimewa, dan kunjungan ke Sarawak menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk para pengunjung. Negeri ini mempunyai banyak taman negara, pantai dan juga kebudayaan kaum serta keramahan yang sukar ditandingi.

Terletak di barat daya pantai Borneo, Bumi Kenyalang mena-alukan kedatangan pengunjung dengan menawarkan kekayaan hutan hujan, sungai-sungai, perladangan lada hitam dan juga kepelbagaian budaya kaumnya.

Sarawak turut berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan di selatan dan Brunei serta Sabah di timur laut.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia, merangkumi keluasan 124, 450 km persegi dan ibu negerinya antara yang menarik di Asia, iaitu Kuching.

Dua pertiga kawasan bumi di sini dilitupi hutan hujan dan populasi penduduknya adalah 1.7 terdiri daripada 23 kumpulan etnik.

Kaum etnik di Sarawak turut bangga dengan kebudayaan mereka, dan mereka turut berjaya mentadbir kerajaan, memperbaiki pendidikan dan media.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete