Saturday, April 4, 2009

Teknologi Angkasa !!

Malaysia telah mencapai kecermelangan yang cukup membanggakan dari segi teknologi. Rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan televisyen langsung yang baik dan berkualiti selama 12 tahun. Ini semua adalah hasil daripada kemajuan teknologi kita dalam bidang komunikasi.

Pada Mac 2003, MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Malaysia memesan satelit Boeing 601HP, dinamakan MEASAT-3. MEASAT-3 akan menyertai satelit MEASAT-1 dan MEASAT-2 binaan Boeing sedia ada dalam sistem Malaysia-East Asia Satellite (MEASAT). Baru tiga tahun yang lalu, Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dengan pelancaran MEASAT 3 pada 12 Disember, 2006. Majlis Pelancaran diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, bersama siaran pelancaran MEASAT-3 launch secara lansung melalui penyiaran satelit. MEASAT-3 dilancarkan menggunakan kenderaan khidmat ILS, Proton M/ Breeze M dengan lima-pembakaran keturutan orbit. Ia mula berkhidmat pada 25 Jan 2007 pada orbit geopegun 91.5 darjah Timur (tempat sama dengan MEASAT-1). Jalur-C dan Jalur-Ku kini merangkumi kawasan terpencil termasuk Sabah, Sarawak dan India Utara dan meningkatkan jangkauan armada MEASAT kepada lebih 100 buah negara termasuk Australia, Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika.

Sebelum MEASAT 3 dilancarkan, MEASAT 1 dan MEASAT 2 telah lama mengorbit di angkasa. Pada Mei 1994, Binariang Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan Boeing Satellite Systems menandatangani kontrak bagi pembinaan sistem Malaysia East Asia Satellite (MEASAT). Sistem ini memerlukan kapal angkasa model Boeing 376, perkakasan bagi stesen kawalan satelit di Pulau Langkawi, dan latihan bagi pengendali kapal angkasa Malaysia. Binariang menggunakan pilihan ini bagi satelit kedua pada Januari 1995.

MEASAT 1 memiliki lima transponder berkuasa tinggi dalam jalur-Ku bagi khidmat langsung-ke-pengguna, kuasa dibekalkan oleh penguat tiub gelombang-menjalar (travelling-wave) 112-watt. Khidmat wilayah dikendalikan oleh 12 transponder dalam jalur-C, menggunakan 12-watt penguat keadaan pepejal (solid state). MEASAT-2 mempunyai 11 transponder aktif dalam jalur-Ku. Lapan darinya menggunakan penguat gelombang-menjalar 95-watt, dan tiga yang lain pada 62 watt. Terdapat juga enam transponder aktif dalam jalur-C, kuasa dibekalkan oleh penguat keadaan pepejal 12-watt.

Sebagai kapal angkasa Boeing 376, satelit MEASAT dilengkapi dengan tiga kelebihan berbanding model piwaian. Ia merupakan yang pertama dalam siri Boeing 376 yang dilengkapi dengan panel solar galium arsenida, yang membawa 40 peratus lebih muatan berbanding sel solar silikon sebelumnya. Ia juga Boeing 376 yang pertama yang menggunakan antena ringan, penerimaan tinggi Sistem Satelit Boeing. Satelit ini juga menggunakan sistem dwiperejang yang lebih cekap bagi mengekalkan kedudukan dan pergerakan awalan atitud.

Kedua-dua satelit MEASAT-1 & 2 dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane dari Centre Saprtial Guyanais di Kourou, Guiana Perancis . MEASAT-1 dilancarkan pada Januari 1996, dan MEASAT-2 dilancarkan pada November 1996. MEASAT-1 terletak pada orbit geopegun pada 91.5 darjah Timur, dan MEASAT-2 terletak di orbit geostationari 148 darjah Timur.

Selain kejayaan melancarkan tiga buah satelit, Malaysia juga telah berjaya menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu telah berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).Beliau telah berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia) pada 10 Oktober 2007. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.

Jamaluddin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan mesyuarat itu mengenai Dr Faiz kepada Kabinet sekembalinya dari pelancaran misi itu. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pertukaran krew misi dalam tempoh empat jam sebelum pelancaran. “Saya juga telah mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan Malaysia kepada Rusia kerana menjadikan misi ini berjaya, yang amat bersejarah sempena kemerdekaan negara kita. “Ia juga amat signifikan bagi Rusia kerana tahun ini sempena 50 tahun negara itu menghantar satelit pertamanya buatan manusia (Sputnik) ke angkasa lepas,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas dimaklumkan oleh mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini. Jamaluddin juga berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana membantu saintis Malaysia membuat persediaan bagi kerja penyelidikan di angkasa oleh Dr Sheikh Muszaphar nanti.

Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia juga semakin menigkat maju dalam penerokaan angkasa lepas. Saya berasa amat berbangga kerana Malaysia dapat mencapai kemajuan dalam bidang teknologi ini.

No comments:

Post a Comment