
Friday, April 24, 2009
Program sister school

Sunday, April 12, 2009
Dato Michelle Yeoh Choo-Kheng

Selain itu, Yeoh memiliki berbagai-bagai potensi dalam bidang olahraga. Beliau pernah mengikuti kejuaraan peringkat nasional untuk cabang olahraga squash, renang dan menyelam pada zaman remajanya.
Beliau kemudian berpindah ke British dan berjaya memperoleh gelaran BA dari London's Royal Academy of Dance dengan spesialisasi menari dan juga berpeluang mempelajari drama di tempat yang sama.

Dato Michelle Yeoh pada awalnya pernah terlibat dalam pembikinan iklan bersama-sama Jackie Chan, menyusul penggarapan iklan kedua dengan Chow Yun-fat dan sebuah kontrak pembuatan filem OWL VS. DUMBO (1985), film action-comedy yang juga dibintangi oleh Samo Hung. Filem selanjutnya, YES, MADAM! (1985), membawa beliau menjadi bintang laga wanita nombor satu di Asia.
Dedikasi dan keinginan untuk bekerja keras telah memberi Dato Michelle kesempatan beraksi dalam sejumlah film laga, EASY MONEY (1988), POLICE STORY 3: SUPERCOP (1992), THE HEROIC TRIO (1992), TAI-CHI MASTER (1993) dan PROJECT S/ONCE A COP (1993).

Pada 1996, Dato Michelle Yeoh telah berjejak langkah dalam tapak perfileman Hollywood dengan filemnya SUPERCOP. Filem tersebut telah berjaya memasuki jajaran filem box office Amerika Syarikat. Rentetan filem tersebut, beliau juga telah THE STORY OF STUNTWOMAN AH KAM, sebuah kisah reflektif tentang stuntwoman terkenal dalam bidang perfileman Hong Kong.
Dato Michelle Yeoh juga pernah tampil sebagai salah satu Gadis Bond dalam filem James Bond ke-18, TOMORROW NEVER DIES (1997), bersama pelakon terkenal Hollywood, Pierce Brosnan. Menyusul filemnya SONG JIA HUANG CHAO (THE SOONG SISTERS, 1997), kisah epik tentang permasalahan dalam sejarah Cina yang berlangsung pada pertengahan abad ke-20. Namun, Badan Sensor Pemerintah Cina menghentikan perilisan film tersebut, walaupun sebelum itu mereka telah menyetujui naskah film tersebut. Filem tersebut baru dapat beredar setelah mendapat banyak pengguntingan.

Berikutnya beliau telah beraksi dalam filem TWIN WARRIORS (1999) dan filem peraih Oscar CROUCHING TIGER, HIDDEN DRAGON (2000) di bawah pimpinan direktor Ang Lee. Dato Michelle Yeoh berjaya menampilkan bakat berlakon terbaiknya sebagai Yu Shu Lien, yang menjalin cinta rahsia dengan Li Mu Bai ( dilakon oleh Chow Yun-Fat ), seorang master bela diri. Beliau berjaya mendapat dua nominasi sebagai Aktis Terbaik, termasuk pujian pada ajang BAFTA Awards dan Hong Kong Film Awards tahun 2000.
Dato Michelle Yeoh kemudian berlakon dalam filem yang berjaya memasuki nominasi filem Berbahasa Asing Terbaik Academy Awards 2002, THE TOUCH. Filem ini merupakan filem laga-romantis. Dalam filem SILVER HAWK (2003), beliau memainkan karakter aktivis serta pahlawan yang berusaha menangkap penjahat Inggris ( dilakon oleh Luke Goss ) yang menyulik ilmuan Cina ( dilakon oleh Chen Daming ) kerana telah menemukan suatu teknologi mutakhir. Sementara dalam filem MEMOIRS OF A GEISHA” (2005), Dato Michelle Yeoh tampil sebagai aktis pendukung.

Saturday, April 4, 2009
Teknologi Angkasa !!


Sebelum MEASAT 3 dilancarkan, MEASAT 1 dan MEASAT 2 telah lama mengorbit di angkasa. Pada Mei 1994, Binariang Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan Boeing Satellite Systems menandatangani kontrak bagi pembinaan sistem Malaysia East Asia Satellite (MEASAT). Sistem ini memerlukan kapal angkasa model Boeing 376, perkakasan bagi stesen kawalan satelit di Pulau Langkawi, dan latihan bagi pengendali kapal angkasa Malaysia. Binariang menggunakan pilihan ini bagi satelit kedua pada Januari 1995.
MEASAT 1 memiliki lima transponder berkuasa tinggi dalam jalur-Ku bagi khidmat langsung-ke-pengguna, kuasa dibekalkan oleh penguat tiub gelombang-menjalar (travelling-wave) 112-watt. Khidmat wilayah dikendalikan oleh 12 transponder dalam jalur-C, menggunakan 12-watt penguat keadaan pepejal (solid state). MEASAT-2 mempunyai 11 transponder aktif dalam jalur-Ku. Lapan darinya menggunakan penguat gelombang-menjalar 95-watt, dan tiga yang lain pada 62 watt. Terdapat juga enam transponder aktif dalam jalur-C, kuasa dibekalkan oleh penguat keadaan pepejal 12-watt.
Sebagai kapal angkasa Boeing 376, satelit MEASAT dilengkapi dengan tiga kelebihan berbanding model piwaian. Ia merupakan yang pertama dalam siri Boeing 376 yang dilengkapi dengan panel solar galium arsenida, yang membawa 40 peratus lebih muatan berbanding sel solar silikon sebelumnya. Ia juga Boeing 376 yang pertama yang menggunakan antena ringan, penerimaan tinggi Sistem Satelit Boeing. Satelit ini juga menggunakan sistem dwiperejang yang lebih cekap bagi mengekalkan kedudukan dan pergerakan awalan atitud.
Kedua-dua satelit MEASAT-1 & 2 dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane dari Centre Saprtial Guyanais di Kourou, Guiana Perancis . MEASAT-1 dilancarkan pada Januari 1996, dan MEASAT-2 dilancarkan pada November 1996. MEASAT-1 terletak pada orbit geopegun pada 91.5 darjah Timur, dan MEASAT-2 terletak di orbit geostationari 148 darjah Timur.
Selain kejayaan melancarkan tiga buah satelit, Malaysia juga telah berjaya menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas.
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu telah berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).Beliau telah berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia) pada 10 Oktober 2007. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.
Jamaluddin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan mesyuarat itu mengenai Dr Faiz kepada Kabinet sekembalinya dari pelancaran misi itu. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pertukaran krew misi dalam tempoh empat jam sebelum pelancaran. “Saya juga telah mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan Malaysia kepada Rusia kerana menjadikan misi ini berjaya, yang amat bersejarah sempena kemerdekaan negara kita. “Ia juga amat signifikan bagi Rusia kerana tahun ini sempena 50 tahun negara itu menghantar satelit pertamanya buatan manusia (Sputnik) ke angkasa lepas,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas dimaklumkan oleh mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini. Jamaluddin juga berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana membantu saintis Malaysia membuat persediaan bagi kerja penyelidikan di angkasa oleh Dr Sheikh Muszaphar nanti.
Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia juga semakin menigkat maju dalam penerokaan angkasa lepas. Saya berasa amat berbangga kerana Malaysia dapat mencapai kemajuan dalam bidang teknologi ini.

SMART Tunnel

Panjang keseluruhan terowong ini ialah 11.5km termasuk 3km terowong kenderaan dua tingkat dan 9.7km saluran air serta bergaris pusat 13.26 meter. Saluran air dalam terowong ini akan digunakan sebanyak 8-10 kali setahun sementara laluan kenderaan terowong lalu lintas ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3-5 tahun sekali. Ibu negara sering dilanda masalah banjir apabila tiba hujan lebat disebabkan kedalaman serta kelebaran antara simpang Sungai Gombak, Sungai Ampang, dan Sungai Klang yang semakin mengecil. Tambahan pembinaan jambatan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek turut mempengaruhi punca banjir kilat yang saban kali berlaku di ibu negara Kuala Lumpur kerana telah mencetekkan permukaan sungai-sungai terbabit. Oleh itu, dalam mengatasi masalah banjir, terowong terpanjang ini mempunyai kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir.
Lencongan air ini mampu menampung sehingga 3 juta meter padu air pada satu masa dengan mengalihkan air dari Sungai Klang di Kampung Berembang. Ia dialirkan melalui terowong ke kolam tadahan di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kemyong. Terowong SMART ini mampu beroperasi dengan baik walaupun dalam situasi banjir kilat yang teruk. Semasa terowong terbabit digunakan untuk dijadikan saliran, kereta-kereta yang terdapat dalam terowong berkenaan akan dikeluarkan melalui lorong khas sebelum pintu kawalan air pertama dibuka untuk laluan air. Kedua-dua dek yang terdapat di dalam terowong akan digunakan sepenuhnya dengan pintu kawalan pertama yang mengawal bahagian dek bawah akan dibuka terlebih dahulu.
Kemudian, setelah air memenuhi dek bawah, pintu kawalan kedua yang mengawal air di dek atas pula akan dibuka sehingga semua air berlebihan terbabit disalirkan. Terowong ini mampu memuatkan 250,000 meter padu air atau 8% daripada keseluruhan isi padu air iaitu 1,000,000 meter padu. Selepas banjir surut, terowong SMART ini akan dibersihkan selama beberapa hari dengan menggunakan teknik semburan dari dalam oleh lori-lori tangki sebelum dibuka kepada lalu lintas seperti biasa.
Thursday, April 2, 2009
Azizulhasni Awang

Sepanjang laluannya ke akhir, Azizulhasni turut menewaskan Rizal di pusingan pertama diikuti Gauge di pusingan kedua.
Perlancongan Di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kita dapat melihat kaum Melayu, India, Cina dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman damai dan harmoni.
Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15, ketika Melaka, yang pada waktu itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia.
Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan semakin dikenali di mata dunia.Kepelbagaian budaya dan kaum bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia unik kerana masyarakatnya menyambut pelbagai perayaan. Tidak hairanlah, rakyat negara ini gemar berpesta, dan ramah bergaul dengan orang luar.
Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sebanyak 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan dua negeri di utara Borneo. Kawasan percutian terdapat di kawasan pergunungan dan juga pantai, dan hutan paya bakau.
Salah satu tarikan Malaysia, ialah kepelbagaian landskap negara ini. Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.
Peta Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak
Destinasi Menarik Berdasarkan Negeri
TEMPAT TEMPAT MENARIK UNTUK MELANCONG DI MALAYSIA
Langkawi
Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.
Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.
Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.
Batu Ferringhi
Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.
Berehat sambil bermandikan sinaran matahari atau cuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar atau berkayak.
Untuk pengalaman yang lebih menarik, cubalah aktiviti 'para-sailing' di tepi pantai dan nikmati pemandangan di sekeliling pantai dari udara.
Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.
Kuala Lumpur

Kuala Lumpur (KL) mempunyai pelbagai kebudayaan serta tradisi yang pasti akan menarik minat anda untuk menetap di sini. Keramahan bandaraya ini akan menawan anda untuk menjejaki keunikan tempat ini, yang mendapat pengaruh pelbagai budaya.
Terdapat orang Cina, Melayu, India Selatan, Malaysia Timur, kumpulan etnik, Thai, Indonesia, Sikh, dan juga warga professional.Setiap masyarakat menawarkan festival, makanan, muzik, seni, dan fesyen tersendiri yang turut mempengaruhi budaya lain.
Kehidupan malam di KL juga sangat menarik, selain terdapat budaya seni dan persembahan yang menggabungkan gaya kontemporari dan tradisional. Terdapat juga aktiviti sukan dengan infrastruktur terkini.
KL sendiri sebuah bandaraya dengan senibina yang terdiri dari rumah agam berusia beratus tahun ke bangunan pencakar langit yang moden. Cubalah juga, makanan yang pelbagai di Kuala Lumpur selain membeli-belah di sini.
KL adalah syurga membeli-belah dan menawarkan pelbagai pilihan untuk semua orang. Di sini, anda berpeluang melihat gabungan budaya, pakaian, dan makanan serta suatu yang unik yang sukar didapati di bahagian lain negara ini.
Melaka
Bandar Melaka mempunyai dua persona yang berbeza, yang lama dan yang baru. Bahagian bandar Melaka yang lama terletak setempat dan agak padat serta mempunyai pelbagai tarikan sejarah dan budaya yang terselit di jalan-jalan sempit yang bersimpang siur di sini.
Kebanyakan peninggalan sejarah zaman silam Melaka boleh dilihat di Dataran Pahlawan serta di sepanjang kawasan perairan sungai Melaka.
Berhadapan dengan Dataran Bandar tersergam Bukit St. Paul, yang merupakan tapak asal Kubu Portugis, iaitu A'Famosa, dan Gereja St. Paul.
Terdapat juga jejak warisan bertanda-arah di sini yang boleh diikuti oleh para pelawat bagi melihat tapak-tapak dan tarikan bersejarah yang terdapat di bandar lama Melaka. Bahagian bandar Melaka yang baru pula terletak di seberang sungai Melaka, dan kebanyakan kawasan ini terbina di kawasan muara Sungai Melaka yang telah ditebus guna. Kawasan ini merupakan kawasan hiburan dan makanan yang sibuk, di mana terletaknya pelbagai kemudahan moden termasuk pusat membeli-belah Mahkota Parade.
Di luar bandar Melaka pula, terdapat beberapa buah pantai yang menarik, padang golf, serta dua buah pulau yang tidak jauh dari tanah besar, di mana terdapatnya pusat peranginan yang indah. Daerah Air Keroh pula terletak amat berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan menawarkan berbagai jenis taman tema rekreasi yang pasti menyeronokkan.
Pahang
Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Malah, hampir 2/3 negeri ini diliputi hutan hujan tebal sekaligus menjadikan ia kawasan hijau dengan hidupan liar dan khazanah alam semula jadi.
Pesisiran pantai Pahang juga adalah kawasan yang menarik berhadapan dengan Laut China Selatan. Pantai Cherating serta Pulau Tioman adalah antara pusat peranginan popular di negeri ini. Terdapat juga aktiviti pantai menarik, aktiviti menyelam serta dapat bersantai di pantai.
Banjaran gunung utama turut memisahkan gunung tersebut di timur dan barat. Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, turut memberikan cabaran lasak kepada para pendaki. Kawasan pergunungan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Genting Highlands, yang terkenal sebagai Bandar Hiburan, serta Bukit Tinggi pusat peranginan ala Perancis, juga adalah tempat percutian yang sangat menarik dan terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.
Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.
Sabah
Negeri di Bawah Bayu ini terletak di bawah lingkaran laluan taufan dan Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo adalah negeri kedua terbesar di sebelah timur Malaysia dengan keluasan 74,500 km persegi.
Laut China Selatan terletak di barat Sabah manakala Lautan Sulu dan Celebes (Sulawesi) di timur. Negeri yang kaya dengan hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan yang terkenal mempunyai hampir dua juta penduduk terdiri dari 32 kaum pelbagai etnik.
Ibu negerinya, Kota Kinabalu terletak di kawasan rendah di mana kawasan perdagangan dan aktiviti pentadbiran berpusat. Bagaimanapun, untuk merasai keunikan Sabah yang ‘sebenar’ anda perlu menuju ke kawasan luar bandar.
Taman Kinabalu turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar di situ.
Ia juga memberikan cabaran kepada pendaki di sini, yang melalui kawasan hutan yang luas malah, menemui kawasan air panas di kawasan tinggi. Pulau Sipadan di luar pesisiran pantai tenggara Sabah juga salah sebuah daripada lima tempat menyelam teratas dunia.
Ini kerana kawasan perairan di sini kaya dengan hidupan laut yang pelbagai. Malah, saat menyelam anda berpeluang melihat penyu, ikan alu-alu dan jerung putih di Sipadan
Sarawak
Nama ‘Borneo’ adalah suatu yang istimewa, dan kunjungan ke Sarawak menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk para pengunjung. Negeri ini mempunyai banyak taman negara, pantai dan juga kebudayaan kaum serta keramahan yang sukar ditandingi.
Terletak di barat daya pantai Borneo, Bumi Kenyalang mena-alukan kedatangan pengunjung dengan menawarkan kekayaan hutan hujan, sungai-sungai, perladangan lada hitam dan juga kepelbagaian budaya kaumnya.
Sarawak turut berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan di selatan dan Brunei serta Sabah di timur laut.
Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia, merangkumi keluasan 124, 450 km persegi dan ibu negerinya antara yang menarik di Asia, iaitu Kuching.
Dua pertiga kawasan bumi di sini dilitupi hutan hujan dan populasi penduduknya adalah 1.7 terdiri daripada 23 kumpulan etnik.
Kaum etnik di Sarawak turut bangga dengan kebudayaan mereka, dan mereka turut berjaya mentadbir kerajaan, memperbaiki pendidikan dan media.