Saturday, March 21, 2009

Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; pinyin: Lǐ zōng wěi lahir pada 21 Oktober 1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu.

Kerjaya Badminton

Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.
Lee Chong Wei telah diberi gelaran 'Datuk' pada tahun 2008 kerana telah membanggakan negara Malaysia dengan prestasinya yang baik dan sangat konsisten. Beliau telah berjaya memasuki pusingan akhir dalam pertandingan Olympics di Beijing pada bulan Ogos 2008. Walaupun beliau telah kalah kepada pemain badminton nombor 1 di China, Lin Dan, beliau masih mendapat pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia.
Datuk Lee Chong Wei juga merupakan pemain badminton nombor 1 di dunia dan merupakan seseorang yang tidak pernah berputus asa dalam permainannya.

No comments:

Post a Comment