Friday, March 27, 2009

Malaysia - Budaya & Perayaan

Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai sambutan perayaan yang diadakan pada setiap tahun. Kesemuanya melibatkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia ini. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapatnya begitu banyak kaum dan bangsa? Ya, bukan itu sahaja bahkan Malaysia juga mempunyai pelbagai etnik yang terdapat di seluruh 13 buah negeri dan wilayah di Malaysia. Namun, itu semua tidak membataskan perpaduan antara kita semua. Kesemuanya boleh menyambut berbagai-bagai jenis sambutan perayaan dengan cukup meriah. Antara yang acap dilakukan ialah sambutan rumah-rumah terbuka untuk semua rakyat. Berikut merupakan contoh-contoh perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

TAHUN BARU
-Sambutan tahun baru memang disambut meriah oleh seluruh penduduk dunia.
-Sebagaimana diketahui umum, setiap tempat mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menyambut sambutan ini.
-Di Malaysia, lebih kurang sahaja dengan dengan negara-negara lain. Adanya mengira detik 12 tengah malam, percikan bunga api di ruang-ruang udara, dan konsert-konsert sebelum detik 12 tengah malam.
-Ketika ini, pelbagai kaum dan bangsa bersama-sama berkumpul untuk meraikannya.
TAHUN BARU CINA
- Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia.
- Menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
- Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
- Pemberian Angpau dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga kepada yang masih bujang.
- Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai tanda penutup perayaan Tahun Baru Cina pada setiap tahun.




HARI PENUBUHAN WILAYAH
- Malaysia mempunyai sebanyak 3 buah wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- 1hb Februari setiap tahun, Malaysia akan menyambut sambutan ini dengan penuh meriah sebagai tanda menyambut penubuhan wilayah di Malaysia.
- Bagi penduduk yang menetap ataupun bekerja di dalam kawasan wilayah-wilayah ini, kebiasaannya akan menerima cuti umum.



HARI THAIPUSAM
-Kebiasaannya di Malaysia, kaum Hindu yang menyambut sambutan ini akan pergi ke Batu Caves bagi mendapatkan restu dan memohon kebaikan dalam diri mereka serta keluarga.
-Batu Caves sememangnya sinonim dengan perayaan tahunan mengikut kalendar hindu ini yang disambut bersempena kematian Lord Murugan, Son of Siva.
-Batu Caves yang mempunyai sebanyak 272 anak tangga menuju ke gua kuil.



MAULIDUR RASUL
-Sambutan ini diadakan bagi meraikan hari keputeraan(kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W iaitu penghulu bagi seluruh umat Islam dan rasul akhir zaman pada setiap 12 RabiulAwal Kalendar Islam.
-Sambutan Maulidur Rasul ini disambut oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia.
-Namun, Malaysia mempunyai cara yang tersendiri dalam menyambutnya. Di Malaysia, umat yang beragama Islam akan berarak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan mengucapkan kesyukuran ke atasnya dan keluarga.









HARI PEKERJA
-Pada 1 Mei setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Pekerja sebagai tanda bahawa hari tersebut merupakan hari bagi setiap pekerja mendapatkan rehat setelah bekerja.
-Ketika ini, semua kaum di Malaysia akan menjadikan hari tersebut menjadi hari bagi mereka beriadah dan berehat bersama-sama keluarga tercinta.


HARI WESAK
-Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran,Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.
-Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima(India), Vesak (Singapura), Visakha Bucha (Thailand), dan Wesak (Sri Lanka).
-Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha).




PERAYAAN GAWAI DAYAK
-Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.
-Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.
-Pesta Gawai di
Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
- Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan.



HARI MERDEKA
-Tanggal 31 hb Ogos pada setiap tahun, negara Malaysia akan menyambut sambutan hari kemerdekaan sebagai tanda bebasnya Malaysia daripada penjajahan yang berlaku.
-Pada tahun ini, Malaysia akan menyambut kemerdekaannya yang ke-52 tahun.
-Di setiap negeri, pihak pentadbirannya akan mengadakan perarakan di Dataran-dataran khas bagi meraikan sambutan ini. Ketika ini biasanya akan diadakan persembahan pelbagai jenis kaum di Malaysia, perarakan masuk kereta-kereta berhias, persembahan kawad-kawad badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, dif-dif kehormat dalam dan luar negara serta rakyat-rakyat Malaysia yang sudah tentu menyokong sambutan ini.


HARI RAYA AIDILFITRI
- Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut beragama Islam.
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
- Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturrahim.
- Hari Raya Aidilfitri ini merupakan hari kemenangan bagi Umat Islam yang telah berjaya melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.
- Pelbagai jenis juadah akan disediakan dalam menyambut perayaan ini. Antara yang terkenal termasuklah ketupat, rendang, dan lemang. Begitu juga dengan pelbagai jenis kuih-muih dan biskut.




DEEPAVALI
- Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu.
- Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November.
- Deepavali bermaksud sebarisan pelita.
- Pemasangan pelita bermakna mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
- Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.









KRISMAS
- Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada setiap 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ.
- Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.
- Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut.
- Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya.
- Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka.




HARI RAYA AIDIL ADHA
-Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia.
-Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
-Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
-Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
-Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.





Konklusinya, semua rakyat di Malaysia yang pelbagai agama, kaum, dan bangsa bersatu padu menyambut berbagai-bagai jenis perayaan yang ada. Tiada percanggahan pendapat ataupun pertelingkahan antara kaum berlaku ketika menyambutnya kerana persefahaman dan saling menghormati adat dan budaya kaum masing-masing. Selepas ini, nantikan pula kejayaan masakan-masakan tradisional Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global kerana keunikannya yang tersendiri. Tunggu...!!! 

Sunday, March 22, 2009

Alex Yoong


Alexander Charles Loong Yoong telah dilahirkan pada 20 Julai 1976 Ibuya bernama Joanna Bean dari England manakala ayahnya ialah Hanifah Yoong Yin Fah.

Alex Yoong telah berkahwin dengan Arriana Teoh pada tahun 2002 dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Alister yang dilahirkan pada tahun 2003.

Di telah mula berlumba kereta dalam pertandingan pada usia 16 tahun pada 1992. Kemudian, dia pun telah memenangi satu perlumbaan di China iaitu dalam pertandingan, 'The Formula Asia International race' di Zhuhai pada 1994.

Alex juga telah muncul sebagai juara dalam pertandingan Malaysian Formula Asia dan merupakan naib juara dalam pertandingan Formula Asia International. Dia pun telah berlumba dengan British Formula Renault pada 1996 dan 1997.

Pada tahun 1999 pula, dia telah berlumba dalam pertandingan perlumbaan yang lebih sukar iaiatu pertandingan F3000. Dia telah berjaya dalam perlumbaan tersebut.

Alex Yoong pun telah mencatat rekod baru untuk Malaysia sebagai pemandu Formula 1 yang pertama di Malaysia. Ini telah berlaku apabila dia telah memandu untuk pasukan Minardi dalam Italian Grand Prix pada tahun 2001.

Pencapaiannya yang terbaik dalam Formula 1 merupakan tempat ke-tujuh dalam Australian Grand Prix pada 2002. Walau bagaimanapun, dia telah gagal dalam perlumbaan Formula 1 dan telah diganti oleh pemandu British, Anthony Davidson.

Alex telah pun mengambil bahagian dalam pertandingan A1Gp selepas itu dan berjaya mendapat tempat ke-lima dalam pertandingan itu dengan memenangi beberapa perlumbaan di Shanghai, China dan Brno, Czech Republic.

Pada masa sekarang, Alex sedang berlumba dalam pasukan Qi-Meritus Mahara dalam pertandingan GP2 series.
Justeru, Alex Yoong boleh dikatakan sebagai pemandu perlumbaan kereta yang paling hebat di Malaysia.

Saturday, March 21, 2009

Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; pinyin: Lǐ zōng wěi lahir pada 21 Oktober 1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu.

Kerjaya Badminton

Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.
Lee Chong Wei telah diberi gelaran 'Datuk' pada tahun 2008 kerana telah membanggakan negara Malaysia dengan prestasinya yang baik dan sangat konsisten. Beliau telah berjaya memasuki pusingan akhir dalam pertandingan Olympics di Beijing pada bulan Ogos 2008. Walaupun beliau telah kalah kepada pemain badminton nombor 1 di China, Lin Dan, beliau masih mendapat pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia.
Datuk Lee Chong Wei juga merupakan pemain badminton nombor 1 di dunia dan merupakan seseorang yang tidak pernah berputus asa dalam permainannya.

Nicol David


Nicol David kini adalah antara personaliti sukan yang paling terkenal dan diminati di negara ini buat masa ini. Tatkala ramai ahli sukan negara ini berfikir panjang dan berkira kira samaada mereka patut menjadi ahli sukan profesional (sepenuh masa), Nicol David menunjukkan kepada mereka bagaimana dia melakukannya dengan penuh bergaya.

Nicol dilahirkan sebagai Nicol Ann David pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang. Beliau adalah anak perempuan kepada Desmond David, seorang jurutera, dan Ann Marie David yang bertugas sebagai seorang guru. Nicol mula berjinak jinak dengan squash seawal usia 5 tahun, dan pada umur 8 tahun, beliau mula mengambil serius sukan tersebut dan melibatkan diri dengan latihan secara kerap dan menyertai perlawanan kompetitif. Beliau menerima persekolahan awalnya di Sekolah Menengah Convent, Pulau Pinang.

Nicol mula menguasai gelanggang squash dengan memenangi kejohanan Asia dan juga menjadi wanita termuda menjuarai kejohanan remaja dunia. Beliau hanya berusia 15 tahun dan dalam proses menjadi juara dunia remaja termuda, beliau menewaskan dua pemain remaja lain yang berada pada senarai ranking 20 terbaik dunia. Beliau juga menjuarai kejohana remaja sebanyak 2 kali, dan menjadi salah seorang antara 2 pemain dalam sejarah squash yang memenangi gelaran tersebut sebanyak 2 kali.

Sewaktu usianya menjangkau 16 tahun, Nicol sudahpun menduduki senarai 10 pemain terbaik dunia dan berada pada landasan terbaik untuk terus meningkatkan penguasaan dan rankingnya. Nama Nicol David begitu digeruni di Asia kerana kehebatannya menjuarai kejohanan Asia sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006.
Pada bulan Disember 2005, Nicol sekali melakar sejarah apabila menjadi juara dunia termuda setelah menewaskan Rachel Grinham dari Australia pada perlawanan akhir kejohanan terbuka Hong Kong. Namanya terus harum apabila Nicol diumumkan menduduki senarai ranking teratas dunia pada bulan Januari 2006. Pada masa ini usianya hanya 23 tahun. Nicol menjadi wanita Asia pertama yang merangkul kejuaraan dunia dan menduduki ranking nombor satu dunia.
Nicol yang kini bergelar pemain squash profesional, berlatih dan menetap di Amsterdam, Belanda. Beliau dilatih oleh bekas pemain nombor 2 dunia, Liz Irving. Keazaman dan kecekalan Nicol telah membawa beliau ke puncak yang dirasakan mustahil oleh ramai rakyat Malaysia. Malaysia Boleh!

Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.

Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.

Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.
Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.
Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahun 2008 pula, Nicol David telah memenangi semua pertandingan skuasy yang dimasukinya termasuk pertandingan skuasy keduniaan.
Sikap Nicol David yang tidak berputus asa dan selalu mencuba harus dicontohi dan diikuti oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Berusahalah bersungguh-sungguh.

Friday, March 13, 2009

the start of malaysia and civic posts

to all : wern xin, charissa, elena, syuhada, farah - feel free to post all the crap about malaysia,
remember it must be in malay.. aha.. have fun